3 model · harga rasmi cuckoo.com.my
Tilam CUCKOO × Napure. Harga sewa, spesifikasi & promo.
Tilam CUCKOO dibangunkan bersama Napure — lateks asli 100%, sokongan tulang belakang 7 zon dan zero motion transfer supaya pasangan tidak terjaga bila anda bergerak. Ramai pelanggan kami memilihnya kerana sakit belakang dan tidur tak lena.

Tilam · Dengan Napure
CUCKOO A-LUXE Series
100% lateks asli, sokongan tulang belakang 7 zon dan tiada gegaran bila pasangan bergerak. Pelan sewa termasuk cucian tilam setiap 4 bulan. Queen atau King.
Sewa dariRM99/bulanLihat
Tilam · Dengan Napure
CUCKOO A-LITE Series
Lapisan lateks asli atas pocket spring 5 zon untuk tekanan sekata dan tulang belakang lurus. Penghantaran, pemasangan dan servis setiap 4 bulan percuma.
Sewa dariRM105/bulanLihat
Daybed · Sofa ↔ katil
CUCKOO FLEX Daybed
Lapisan atas lateks penuh, tukar dari sofa 3 tempat duduk ke katil dalam beberapa saat. Penghantaran, pemasangan dan cucian setiap 4 bulan percuma.
Sewa dariRM140/bulanLihat
Pelan sewa termasuk cucian tilam berjadual setiap 4 bulan dan waranti sepanjang tempoh. Pilih A-Luxe untuk keselesaan premium, A-Lite untuk bajet, atau Flex Daybed untuk bilik tetamu dan anak.
Kata pelanggan
Pengguna tilam CUCKOO × Napure kata…
Sakit belakang dah tiada. Tilam CUCKOO tahan, tak tenggelam.
Saya ada sakit pinggang, bila berjalan terasa sakit. Tadi lepas bangun tidur — terkejut, berjalan dah tak sakit. Saya seorang doktor; tilam ni memang sangat bagus. Sokongan tulang 7 zon yang sangat unik.Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
Sebelum ni memang asyik sakit-sakit badan, husband pun sama. Sejak pakai tilam CUCKOO ni bangun pagi memang takde dah sakit badan, husband pun dah takde cakap sakit-sakit belakang. Biar mahal sikit tapi berbaloi.
Soalan lazim
Sewa tilam CUCKOO × Napure — apa yang perlu tahu.
Apa yang termasuk dalam pelan sewa CUCKOO?
Penghantaran dan pemasangan percuma, lawatan servis CUCKOO+ Care setiap 4 bulan, penukaran filter mengikut jadual, pensterilan elektro dan stim, pemeriksaan 15 perkara, dan waranti sepanjang tempoh pelan.
Berapa lama masa pemasangan selepas mendaftar?
Biasanya dalam masa 48 jam selepas permohonan diluluskan. Pendaftaran dan pemasangan meliputi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Apa dokumen yang diperlukan untuk mohon?
Kad pengenalan (IC) dan akaun bank untuk auto-debit bulanan. Untuk produk Samsung (TV, mesin basuh) melalui CUCKOO Smart Healthy Home, WiFi di rumah juga diperlukan. WhatsApp kami untuk semak kelayakan — percuma dan tanpa komitmen.
Adakah CUCKOO Best Deal ejen rasmi CUCKOO?
Ya. Kami ejen sah CUCKOO Malaysia. Semua harga dan spesifikasi mengikut laman rasmi cuckoo.com.my; pendaftaran dibuat melalui sistem CUCKOO dan pemasangan oleh juruteknik CUCKOO.
Kategori lain
Tak pasti tilam CUCKOO × Napure mana yang sesuai?
Beritahu kami saiz rumah, bilangan ahli keluarga dan bajet — kami cadangkan model paling sesuai dan semak kelayakan promo.
